Pelembab dan Penyegar Dalaman NR

Set Pelembab dan Penyegar Dalaman NR terdiri daripada

Madu Nona Harmonis

Kandungan
(1 botol - 90 gram )

Madu Nona Harmonis merupakan formulasi 1001 malam pes herba khusus untuk amalan wanita berkahwin atau usia 35 tahun ke atas yang diperakui bermutu tinggi serta berkhasiat membantu menambah dan memperbaharui tenaga dan daya rangsangan seksual. Terbukti berkesan membantu menyuburkan kembali fungsi sistem reproduktif wanita, menguatkan rahim, membentuk otot faraj yang lebih kejab, mengimbangi masalah ketidakseimbangan hormon dan terkenal berkhasiat dalam masalah pra dan pos menopause. (Untuk wanita sahaja)

Khasiat:
  1. Untuk penjagaan kesihatan wanita (1/2 hingga 1 sudu teh - 3x seminggu - sebelum sarapan)
  2. Untuk ketidaksuburan hormon (1 sudu teh - 2x sehari - sebelum sarapan dan makan tengah hari @ makan malam)
  3. Tidak disyor untuk wanita yang mengalami haid pada hari pertama hingga hari ke 5.

Madu Tenaga Segar

Kandungan
(1 botol - 90 gram )

Merupakan pes herba gabungan madu lebah asli dan herba terdiri dari Jintan Hitam dan rempah ratus terpilih. Ia merupakan makanan kesihatan tambahan yang terbaik untuk amalan seisi keluarga. Antara khasiat pengamalnya ialah membantu memperkuat dan mempertahankan sistem imun (ketahanan badan melawan penyakit), membantu melega dan mengatasi masalah kahak berlebihan, batuk berpanjangan, kesukaran bernafas berkaitan dengan asma @ lelah, infeksi bronkial/paru-paru sederhana, kekejangan semasa haid, aliran haid yang sedikit, rendah kiraan sperma, lemah nafsu syahwat, letih dan kurang darah. Pengamalan harian Madu Tenaga Segar akan membantu menambahkan tenaga kelakian dan kewanitaan.

Khasiat:
  1. Untuk pemeliharaan kesihatan:
  • Dewasa (wanita dan lelaki)-sebelum sarapan ½ -1 sudu teh 3 x seminggu.
  • Kanak-kanak- sebelum atau selepas sarapan ¼- ½ sudu teh 3 x seminggu.
    2.  Untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan
  • Dewasa (wanita dan lelaki)-setiap hari sebelum sarapan-1 sudu teh diamalkan bersama minuman Akar Herbanika.
  • Kanak-kanak-setiap hari sebelum atau selepas sarapan - 1/2 sudu teh diambil bersama air suam panas.
  • Bayi 3 bulan keatas- 2-3x seminggu: ¼ sudu teh dicairkan dengan air suam panas .
  • Bagi wanita yang mengalami masalah senggugut - amalkan Madu Tenaga Segar bersama Akar Herbanika yang direbus bersama hirisan halia tua dan ditambahkan dengan Nu 3 Med bagi menguatkannya.

Nu 3 Med

Kandungan
(1 botol - 160 gram )

Nu 3 Med merupakan makanan kesihatan berasaskan madu lebah asli dengan tambahan kandungan extrak kurma, extrak badam, gamat dan halia. Nu 3 Med memberi tenaga serta menyegarkan tubuh terutama mereka yang memerlukan bekalan tenaga segera mental dan fizikal. Menjadikan anda sentiasa berada dalam keadaan bersedia di tempat kerja. Kandungan Nu 3 Med sesuai untuk ibu-ibu selepas bersalin untuk bekalan tenaga, memulihkan luka dan tisu rosak terutama ibu-ibu yang melalui ceaseran.